Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 3, 2011

~ fakta ttg warna feberet...(MERAH) ~

Best Blogger Tips




1. Dalam Ebers Papyrus (buku perubatan Mesir purba), warna merah digunakan untuk tajuk bab, nama penyakit, berat dan dos ubat.

2. Warna merah bermaksud “cantik” di negara Rusia. Di India warna merah adalah simbol bagi tentera. Bagi bangsa di negara China pula, warna merah dikaitkan dengan musim panas, api dan arah selatan.

3. Perkataan “ruby” berasal dari kata Latin Rubens yang membawa maksud “merah”.

4. Terdapat sekurang-kurangnya 23 warna berbeza (shades) daripada krayon merah.

5. Melihat warna merah boleh membuat jantung anda berdegup lebih cepat.

6. Warna merah membawa maksud kekuatan, ghairah, keberanian, penting, keinginan yang tinggi, kekuatan, kelajuan, cinta, hati dan kehangatan.

7. Warna merah boleh menyebabkan kegelisahan dan insomnia jika digunakan di bilik tidur tetapi bagus digunakan di dalam bilik latihan atau tempat permainan.

8. Ahli fesyen mengesyorkan mereka yang ingin menghadiri temuduga atau pertemuan penting supaya memakai pakaian yang mempunyai sedikit percikan warna merah. Ini kerana warna merah melambangkan personaliti kekuatan, ketegasan dan kepimpinan.

9. Cahaya merah adalah cahaya yang pertama diserap oleh air laut sehingga banyak ikan dan hidupan invertebrata di dalam laut berwarna merah.

10. Warna merah terdapat dalam semua bendera negara Asia Tenggara kecuali Vietnam.


No comments: