Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 29, 2011

~last day~

Best Blogger Tips


yea....
arini last day keje bg tahun 2011...
syok nyer...
dh xsabar nk cuti...
sbb company bg cuti seminggu...
start dr 30.12.11 ~ 04.01.12...
syok ooo....lama giler cuti...
hehee...
tp yg xsyok sbb xde bonus..
xleh la nk p bershoping sakan...
satg bln 1, ada yg kena posa jer bila g kje...
hehhehehe...
pape pun, cuti nih nk enjoy je...
hehehe...
mula2 nk p jalan2 kat kl...
lpas tu p jln2 kat area perlis plak(sbb nk save budget)..
hahahaha...
pape pun...
hepi new year nnti...
2012

Friday, December 23, 2011

~ fakta buah-buahan ~

Best Blogger Tips
arini aku de la terbaca ttg beberapa fakta kat tenet nih...
tbe2 aku de la tertarik dgn fakta2 mengenai buah-buahan...
bak kata penulis tuh...
dia dpt fakta2 nih suma masa main satu game...
game ape ntah la (actually lupa nama game)...
drpd aku dok ckp byk..baik aku boh jer kn fakta2 tuh then korang baca la...
kesungguhan fakta tu..
aku pun xtaw betul ke x...
hehehe...
pape pun..meh kita layan...~~~~
  • Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology
  • Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi
  • Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China
  • Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros
  • Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun
  • 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii
  • Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun
  • Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara
  • Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun
  • Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit
  • Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren
  • Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk
  • Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain
  • Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia
  • Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry
  • Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf
  • Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius
  • Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok
  • Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy
  • 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air

Saturday, December 3, 2011

~ fakta ttg warna feberet...(MERAH) ~

Best Blogger Tips




1. Dalam Ebers Papyrus (buku perubatan Mesir purba), warna merah digunakan untuk tajuk bab, nama penyakit, berat dan dos ubat.

2. Warna merah bermaksud “cantik” di negara Rusia. Di India warna merah adalah simbol bagi tentera. Bagi bangsa di negara China pula, warna merah dikaitkan dengan musim panas, api dan arah selatan.

3. Perkataan “ruby” berasal dari kata Latin Rubens yang membawa maksud “merah”.

4. Terdapat sekurang-kurangnya 23 warna berbeza (shades) daripada krayon merah.

5. Melihat warna merah boleh membuat jantung anda berdegup lebih cepat.

6. Warna merah membawa maksud kekuatan, ghairah, keberanian, penting, keinginan yang tinggi, kekuatan, kelajuan, cinta, hati dan kehangatan.

7. Warna merah boleh menyebabkan kegelisahan dan insomnia jika digunakan di bilik tidur tetapi bagus digunakan di dalam bilik latihan atau tempat permainan.

8. Ahli fesyen mengesyorkan mereka yang ingin menghadiri temuduga atau pertemuan penting supaya memakai pakaian yang mempunyai sedikit percikan warna merah. Ini kerana warna merah melambangkan personaliti kekuatan, ketegasan dan kepimpinan.

9. Cahaya merah adalah cahaya yang pertama diserap oleh air laut sehingga banyak ikan dan hidupan invertebrata di dalam laut berwarna merah.

10. Warna merah terdapat dalam semua bendera negara Asia Tenggara kecuali Vietnam.